..the best and most beautiful things in the world cannot be seen or touched but are felt in the heart..
Tuesday, January 6, 2009
..SaljuSakinah..
Ulasan Salju Sakinah
Salju sakinah sebuah novel yang mengangkat wanita sebagai watak utama, bernama Sumayyah. Awal penceritaannya, latar tempat di bumi kinanah Jordan menjadi saksi perjalanan hidup si gadis mahasiswi jurusan Bahasa Arab. Penuntut di Universiti Yarmouk, Irbid Jordan secara klisenya turut menceritakan tentang kegiatan, pergerakan dan kehidupan sebagai pelajar Universiti. Aktif dalam persatuan, dan berkemahiran dalam pengucapan awam, menjadikan Sumayyah seorang pelajar muslimah yang berketrampilan.
Tidak seperti kebanyakan novel tipikal lain, Zaid Akhtar tidak menjadikan keseluruhan latar tempat di Jordan atau di Timur Tengah. Pembaca dapat melihat perjuangan bagi gadis bernama Sumayyah ini saat dia menamatkan pengajiannya dan bermula di tanah air sendiri. Terdapat aspek motivasinya di sini, apabila perjuangan Sumayyah bermula saat keberadaannya dia di kampung halaman. Ditimpa ujian yang maha berat, ketibaannya disambut dengan berita kematian ayahnya, cabaran dia terus bermula apabila menghadapi situasi fitnah masyarakat kampung, kecelaruan aqidah oleh ahli keluarga sendiri (bertepatan dengan fenomena ajaran sesat kini) dan akhirnya diuji dengan natijah imtihan yang ambiguiti statusnya. Atau kabur (sebenarnya gagal) yang memaksa dia kembali menyambung pengajian. Ujian yang sangat dahsyat ini memperlihatkan ketabahan Sumayyah menghadapi liku-liku hidup sebagai graduan timur tengah yang diuji dengan mehnah dan tribulasi.
Sebuah novel yang sangat santai dan bernuansa islami ini tutur menekankan tentang keperluan graduan berbakti pada masyarakat. Sebagai contoh, kesanggupan Sumayyah menyampaikan ceramah agama di kampungnya, pada masa yang sama mengurus perniagaan keluarganya memperlihatkan dirinya seorang yang oportunis, tidak suka bergantung dan menunggu sahaja tawaran pekerjaan datang bergolek. Meski pada mulanya dia menolak untuk memegang tanggungjawab, memandangkan Sumayyah yang mengambil jurusan Bahasa Arab tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan perniagaan, tetapi penegasan dari kakaknya yang menekankan agamawan juga perlu menjadi usahawan memaksa dia menerima taklif sebagai pengurus perniagaan. Antara plot menarik adalah sewaktu hubungan ahli keluarganya menjadi rapuh. Diperlihatkan tentang perasaan dan sensitiviti seorang ibu, juga perasaan seorang anak yang membawa Sumayyah menghadapi hakikat tanggungjawabnya bukan sekadar pengurusan perniagaan, tetapi dia lebih bertanggungjawab menjernihkan hubungan ahli keluarganya lebih-lebih lagi dia penuntut aliran agama. Dirinya adalah rujukan dan kekuatan dalam keluarga.
Novel Salju Sakinah ini sangat bagus dibaca kerana suasananya sangat dekat dengan diri kita. Walaupun begitu, karya ini bukanlah yang paling terbaik dari Zaid Akhtar bagi pandangan menulis (kerana penulis masih tertarik dengan Rona Bosphorus), tetapi Zaid Akhtar menyentuh banyak aspek dan nilai kekeluargaan, kemasyarakatan, pendidikan dan pengorbanan menjadikan novel ini antara yang terlaris di pasaran.
Lagu tema Salju Sakinah
PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA
Pertemuan
menghadiahkan kita kasih sayang
jika cinta satu pasti bertemu
ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
kerana pertemuan bukan milik kita
jasad dan suara berjauhan sentiasa
namun cinta abadi.
Biar terpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu
berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
tanpa suara dan kata-kata
kerana penghubung kita adalah suara hati
bertemu berpisah kerana Allah
My Opinion
..novel nie mmg best..xjemu baca..sesetengah buku yg bernuansa islami nie, agak bosan penceritaannye..tp tidak salju sakinah..selain enjoy baca buku nie, aku jgk dpt byk pengajaran..ttg kesabaran, ketabahan, perjuangan, dan mcm2 lg la..cara penulisan penulis jgk agak santai n penggunaan bahasa arab diselitkn sekali..kt cni kite boleh blajar pnggunakn bhs arab yg mudah dlm percakapan harian kite..nk ulas byk2 pon, aku dh bg ulasan pnjg lebar kt atas 2..aku amik ulasan 2 dr tukcyber.blogspot.com..kt cni aku nk bgtau, rugi sape yg blom bc buku nie lg..so, cpt2 la bli..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment