..minggu yg sangat bahagia bg kami sekeluarga dengan hadirnya ahli keluarga yg baru..
..semua orang pon lebih rela duduk rumah mengadap si kecil Auriss..
..Along n Fiza, dah decide nama si kecil..
..Auriss Zara Medina Bt Nabil Fikri..
Auriss - Nama Nabi
Zara - yang menziarahi
Medina - kota Madinah
..si kecil juga sgt suka kan nama tu..
..dia akan tercari2 setiap kali nama dia dipanggil..
..aku pulak decide supaya si kecil Auriss memanggil aku dengan panggilan Bonda..
..setiap hari kami melihat perubahan Auriss..
..begini rupanya perasaan mendapat anak saudara pertama..
..tersangat gembira..
..hilang semua bebanan fikiran bila saja melihat si kecil..
..agaknya bagaimana perasaanku bila aku menimang cahaya mataku sendiri nanti..
..walaupun aku melihat sendiri bagaimana sakit nya Fiza semasa melahirkan, aku tetap ingin merasainya nanti..
..Fiza dah semakin sihat walaupon kehidupan dia sekarang tersangat la bosan (berpantang)..
..Umi sendiri yang menjadi tukang urut Fiza..
..aku pula menjadi pembantu Umi..
..sebenarnya, tujuan utama ku membuat post nie adalah untuk berkongsi tentang cerita dan novel yang aku dah tamatkan setakat ni..
..ingat x dengan post aku sebelum nie..
..aku ada mention pasal novel yang aku beli guna voucher buku..
..aku beli 2 novel..
..salah satu novel telah aku tamatkan..
..Ramlee Awang Murshid..
..pengarang cerita2 thriller..
..Fiksyen 302, itu la tajuk novel terbaru dari beliau..
..sejak aku baca 'Rahsia Perindu', aku terus jatuh hati pada penulisan dan jalan cerita yang disampai kan oleh penulis ini..
..setiap kali ada cerita baru dari beliau, aku pasti akan dapatkan..
..Fiksyen 302 adalah mengenai kisah pembunuhan yang dilakukan oleh 4 orang pemuda berlainan yang menggunakan cara yang hampir serupa..
..jenayah yang meraka lakukan adalah tergolong dalam seksyen 302 iaitu membawa kepada hukuman mati..
..ish, xpandai la aku nak mengolah semula cerita ni..
..aku selitkan sekali sinopsis nya..
..memang x boleh nak berhenti baca buku ni..
..pengolahan beliau membuatkan pembaca xnak lepas dari buku nie selagi xkhatam..
..sekarang aku sedang nantikan kemunculan novel terakhir tentang laksamana sunan juga dari pengarang yang sama..
Sinopsis Fiksyen 302
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.
..sebelum balik cuti semester, aku berjaya mendownload cerita korea kegemaran aku..
..salah 1 cerita yang aku pilih adalah cerita sedih..
..dari first episod, dah boleh membuatkan aku melalak..
..nampak sangat yang aku senang terpedaya..
..cerita ni menceritakan tentang cinta yang x bertepi, kesabaran, ketabahan, pengorbanan, kasih sayang dan persahabatan..
..'Thousand Days Promise' atau pun 'Forget Me Not'..
..mengisahkan tentang kesanggupan seorang lelaki mengahwini kekasihnya yang telah disahkan menghidap Alzheimer..
..Alzheimer ni adalah 1 penyakit yang menjadikan seseorang itu lupa, selalunya dihidapi oleh orang yang sudah tua..
..tetapi dalam cerita ni, mengisahkan seorang perempuan yang baru berusia 30tahun menghidap penyakit ini..
..dia, dengan perlahan-lahan kehilangan ingatannya..
..overall, cerita ni memang menyentuh perasaan..
..sangat best..